SUMBANGAN BARANG KEPERLUAN DAPUR SETULUS KASIH DARIPADA MIRAGOLD

Pada 17 Jun 2023 yang lepas, Miragold telah membuat pengagihan Sumbangan Barang Keperluan Dapur bagi 100 orang yang terawal. Pengagihan ini dibuat bertujuan untuk meringankan beban golongan yang memerlukan dan turut sama memberikan sokongan kepada komuniti setempat. Pengagihan ini merupakan salah satu inisiatif yang dijalankan oleh Miragold dengan harapan ianya dapat sedikit sebanyak membantu individu serta keluarga yang memerlukan bantuan asas seperti barangan keperluan dapur.
.
Melihat senyuman yang terpancar di wajah mereka yang menerima barangan keperluan dapur ini merupakan penghargaan yang besar bagi Miragold. Pengagihan ini juga telah membuka ruang bagi Miragold untuk meningkatkan lagi usaha kami dalam meringankan beban komuniti setempat.
.
Pengagihan ini akan terus diakan setiap minggu pada hari dan masa yang sama iaitu setiap hari Sabtu pada pukul 3 petang. Butiran pengagihan sumbangan barang keperluan dapur yang seterusnya adalah seperti berikut :
.
Lokasi : Kedai Emas Miragold, 17A/17B Jalan Ekoperniagaan 7, Taman Kota Masai, 81700 Pasir Gudang, Johor
Tarikh : Sabtu, 24 Jun 2023
Masa : 3 petang
Kepada : 100 orang terawal
.





































Comments