SUMBANGAN BARANG KEPERLUAN DAPUR DARIPADA KEDAI EMAS MIRAGOLD PASIR GUDANG, JOHOR
Pada 24 Jun 2023 yang lepas, sekali lagi Kedai Emas Miragold telah diberi kesempatan untuk membuat pengagihan Sumbangan Barang Keperluan Dapur bagi 100 orang yang terawal. Pengagihan ini dibuat secara berterusan dengan harapan ianya dapat sedikit sebanyak meringankan beban golongan yang memerlukan dan turut sama memberikan sokongan kepada komuniti setempat. Pengagihan ini merupakan salah satu inisiatif yang dijalankan oleh Kedai Emas Miragold untuk mengeratkan lagi silaturahim di antara komuniti setempat serta membantu mereka yang memerlukan pada masa yang sama.
.
Alhamdulillah, Kedai Emas Miragold amat berbesar hati kerana diberi ruang dan peluang untuk terus membantu mereka yang memerlukan. Ia merupakan satu penghargaan yang besar bagi kami apabila melihat senyuman yang terpancar di wajah mereka yang menerima barangan keperluan dapur ini.
.
Dengan izin Yang Maha Esa, usaha ini akan terus kami kekalkan di mana pengagihan ini akan diadakan setiap minggu pada hari dan masa yang sama iaitu pada setiap hari Sabtu jam 3 petang.
.
Sempena meraikan sambutan Hari Raya Aidiladha yang bakal tiba tidak lama lagi juga, pengagihan yang seterusnya adalah berupa pengagihan daging korban bagi 50 orang yang terawal. Butiran pengagihan daging korban adalah seperti berikut :
.
Lokasi : Kedai Emas Miragold, 17A/17B Jalan Ekoperniagaan 7, Taman Kota Masai, 81700 Pasir Gudang, Johor
Tarikh : Sabtu, 1 Julai 2023
Masa : 3 petang
Kepada : 50 orang terawal
.
Comments
Post a Comment