SUMBANGAN BARANG KEPERLUAN DAPUR DAN PENGAGIHAN DAGING KORBAN DARIPADA KEDAI EMAS MIRAGOLD PASIR GUDANG, JOHOR

Pada 1 Julai 2023 yang lepas, Kedai Emas Miragold telah diberi kesempatan untuk sekali lagi berkongsi rezeki dan membuat pengagihan berbentuk Sumbangan Barang Keperluan Dapur bagi 100 orang yang terawal serta Pengagihan Daging Korban bagi 50 orang yang terawal. Pengagihan ini dibuat dengan harapan ianya dapat meringankan beban golongan yang memerlukan dan pada masa yang sama meraikan Hari Raya AidilAdha bersama komuniti setempat. Pengagihan ini diharapkan dapat mengeratkan lagi silaturahim di antara Kedai Emas Miragold dan komuniti setempat selain turut sama sedikit-sebanyak membantu mereka yang memerlukan.

.
Alhamdulillah, Kedai Emas Miragold amat berbesar hati kerana sekali lagi telah diberi ruang dan peluang untuk terus berkongsi rezeki. Ia merupakan satu penghargaan yang besar bagi kami apabila dapat melihat senyuman yang terpancar di wajah mereka yang menerima barangan keperluan dapur dan daging korban ini.









Comments