SUMBANGAN BARANG KEPERLUAN DAPUR DARIPADA KEDAI EMAS MIRAGOLD PASIR GUDANG, JOHOR
Pada 15 Julai 2023 yang lepas, Kedai Emas Miragold sekali lagi telah diberi peluang untuk berkongsi rezeki dengan membuat pengagihan Sumbangan Barang Keperluan Dapur bagi 100 orang yang terawal. Pengagihan ini dibuat secara berterusan dengan harapan ianya dapat sedikit sebanyak meringankan beban golongan yang memerlukan dan turut sama memberikan sokongan kepada komuniti setempat.
.
Syukur alhamdulillah, Kedai Emas Miragold amat berbesar hati kerana diberi kesempatan dan kekuatan untuk terus membantu mereka yang memerlukan. Ianya merupakan satu penghargaan yang besar bagi kami terutamanya apabila melihat senyuman yang terpancar di wajah mereka yang menerima barangan keperluan dapur ini.
Comments
Post a Comment