Pelancaran Cincin Mahsuri | Rekaan Eksklusif Kedai Emas Miragold Berinspirasikan Motif Melayu Klasik

Bila kehalusan motif Melayu klasik dipadukan dengan sentuhan moden, lahirlah Cincin Mahsuri, rekaan eksklusif dari Kedai Emas Miragold Pasir Gudang.
Setiap lekuk dan ukiran pada cincin ini membawa makna. Mempamerkan keanggunan tradisi dalam gaya yang segar dan berani.

Cincin Mahsuri direka dengan perincian halus dan kemasan sempurna, menjadikannya pilihan bagi wanita yang menghargai keindahan, keaslian dan simbol kekuatan diri.
Designnya besar, memikat dan sarat karakter, cukup satu di jari untuk mencuri perhatian.

Cincin ini bukan sekadar perhiasan, tetapi lambang warisan dan kemewahan moden.
Ia dicipta untuk wanita yang berani tampil berbeza, namun tetap lembut dalam pesona tradisi.

Dan kini, penantian itu berakhir.

Cincin Mahsuri akan dilancarkan secara rasmi pada Rabu, 15 Oktober 2025, jam 9 malam.

Saksikan pelancaran secara LIVE di Facebook, Instagram dan TikTok Miragold, dan jadi antara yang pertama melihat sendiri karya yang bakal jadi buah mulut ramai.

Kalau akak sayang nak tengok keindahan sebenar Cincin Mahsuri,
singgah ke Kedai Emas Miragold Pasir Gudang 
kerana setiap rekaan kami, dicipta untuk menjadikan keanggunan akak sesuatu yang abadi.




Comments